Tuesday, September 25, 2012

2 tahun juga lamanya...

Wah..sudah sekian lama saya tidak melawat blog ini...lebih kurang 2 tahun juga lamanya. Masa begitu cepat berlalu, tanpa disedari diri sendiri sudah bertukar status,kini saya bukan lagi berseorangan tetapi berdua dengan isteri tersayang.Dia merupakan anugerah terhebat dari Dia..syukur. Dan kini selagi jantung masih berdegup, otak masih waras hidup mesti diteruskan dengan satu harapan yang jelas.

Saturday, May 29, 2010

Penuhi matlamat hidup anda...

Perkara paling berbaloi yang harus dilakukan oleh setiap insan ialah...dengar dan turuti kata hati anda...terutamanya untuk benda yang boleh membawakan faedah dan kegembiraan pada diri sendri dan orang di sekeliling anda...apa lagi laukannya sekarang

Wednesday, November 11, 2009

Aku mulai menulis lagi..

sudah berbulan-bulan lamanya saya berhenti mencoretkan sesuatu dalam blog ini, akhirnya timbul lagi mood untuk menyambung pekara yang memang amat saya minati. Untuk berbulan lamanya bermacam-macam benda berlaku dan berjalan bersama mengharungi hidup yang penuh pancaroba ini. Apa yang berlaku dalam hidup ini adakalanya satu proses pengulangan yang kita sebenarnya sedari ataupun tidak...contohnya kita pernah memenangi satu pertandingan...beberapa tahun lepas..dan tidak lama kemudian kita menang lagi,ada yang cukup gembira dan sudah tentu ada yang cuma merasai sekadar biasa-biasa saja...namun pengalaman-pengalaman semua ini adalah rutin hidup yang tidak berkesudahan sehinggalah akhir hayat kita di dunia ini. Saya masih tering sewaktu sembahyang mendiang nenek saya di gereja pada hujung bulan lepas, paderi tersebut dalam khotbahnya..mengatakan hidup ini cuma satu perjalanan atau pengemberaan...dan kita cuma singgah sebentar sahaja...sebelum kehidupan kekal. Belum terlambat jika kita sedar akan siapa kita..semua manusia berhak melakukan apa yang diingini...asalkan semua yang di lakukan pada tahap yang sederhana..dan jika melakukan salah atau silap..berbaliklah ke pangkal jalan...

Monday, August 17, 2009

Syukur..akhirnya sedar juga!

Apabila kita melakukan salah,dan ianya sampai ke kemuncaknya, saya percaya akhirnya kita akan sedar juga,yang kita sebenarnya sudah jauh menyimpang..mungkin perlu ada orang yang perlu menyedarkan kita,ataupun kita akhirnya sedar apabila sesuatu benda buruk berlaku baru lah mau bertindak. Sebenarnya apabila kita buat salah,kesannya bukan berlaku pada kita,tapi yang menjadi mangsa dalah orang lain.Bebanan sebegini memang terlalu perit untuk orang lain hadapi..yalah sampai bila juga harus menjadi mangsa keadaan. Tapi syukurlah jika kita akhirnya sedar, kita sememangnya buat silap sejak dari awal lagi..mungkin masih belum terlambat untuk bertindak..apa pun semuanya masih boleh di selamatkan.fikir-fikirkan...

Friday, July 17, 2009

Jadilah pemimpin yang baik

Setiap orang memang dilahirkan untuk menjadi pemimpin..paling tidak pun dalam memimpin keluarga. Samada kita menjadi pemimpin sebuah organisasi yang besar ataupun kecil,prestasi kepimpinan perlu berada pada tahap yang boleh menjadi ukuran keberkesanannya. Jatuh bangunnya organisasi ini bergantung penuh kepada pemimpinnya. Jika terdapat beberapa orang pemimpin dalam satu organisasi perkara asas yang paling penting ialah KOMUNIKASI...komunikasi adalah tools penting dalam memastikan kelancaran pentadbiran sesebuah organisasi bagi mengelakkan wujudnya kepincangan dan sebarang masalah yang akan timbul. Sebagai contoh,jika terdapat 3 pemimpin utama,seharusnya Ketua 1 perlu sentiasa berhubung dengan ketua 2 dan ketua 3...komunikasi berkesan harus diwujudkan agar ketiga2nya kebih memahami antara satu dengan yang lain.Kepincangan wujud apabila terdapat pemimpin yang lepas tangan, ataupun berlaku perkara yang tidak disengajakan,namun adakalanya antara ketua-ketua ni,pasti ada yang saling menuduh dan cuba mengelak daripada terlibat...seharusnya perlu ada kerjasama yang erat dan tahap persefahaman yang tinggi agar segala masalah dapat di atasi. Begitu juga hubungan antara ketua dengan orang dibawahnya, ketua perlu peka akan keadaan anak buahnya dan begitulah sebaliknya...namun pasti akan wujud keadaan di mana segala tindakan dibuat sendiri tanpa pengetahuan ketua ataupun orang yang bekerja dibawahnya...Inilah sebenarnya hakikat kehidupan yang semakin dipengaruhi oleh budaya individualistik dan mementingkan diri sendiri.. Dalam hal ini pemimpin perlu lebih efisyen dan mampu mentadbir organisasinya dengan menggunakan segala ilmu yang ada demi memastikan wujudnya keadilan dan kesamarataan untuk semua pihak dengan kata lain pemimpin perlu menjadi pemerhati,pendengar dan pelaksana yang bijak.

Tuesday, May 5, 2009

Mudah saja....

Kehidupan memang sukar dijangkakan, apabila kita berbuat baik dengan orang lain,pasti akan ada peluang untuk orang lain mengambil kesempatan...adakah kebaikan yang ada pada seseorang itu memboleh dia diperlekehkan?dan tdak dihormati...manusia semakin hari semakin mementingkan diri, sikap individualistik semakin menebal dalam diri masing-masing. Tapi persoalannya...mengapa? bayang dalam satu situasi anda begitu baik dengan seseorang, dan langsung tiada pransangka buruk,tetapi sebalik semua itu,sesuatu yang tidak dijangkakan berlaku, dan ianya menyusahkan diri anda...hakikatnya semua orang mahukan hidup yang aman damai dan tenang...dan apabila suasana tenang itu dicemari dengan keadaan yang tidak pernah anda jangkakan...memang sukar untuk diterima..pada permulaannya sangat sukar sekali...dan hampi2 tidak dapat menerimanya...terutamanya apabila anda di belakangi atau ditikam dari belakang atau tdak di hormati...apatah lagi orang yang melakukannya adalah orang yg anda percayai. memang sukar untuk menjangkakan tabiat dan sifat manusia...namun jika memang ada sifat baik dalam diri seseorang itu, seteruk mana org lain mengenakannnya...tetapi akan tetap ada sifat kemaafan...orang yang ada sifat kebaikan semulajadi dalam dirinya adalah orang yang paling bertuah di dunia..seteruk manapun dia di jatuhkan...dan di rendah-rendahkan...tetapi kefrana sifat kebaikan semulajadi dalam dirinya tu tetap akan memaafkan orang lain...walaupun tidak ditunjukkan sepenuhnya...semua orang boleh berubah...yang penting keinginan untuk berubah...yang berlalu tetap berlau...jangan dikenang lagi...namun jangan sesekali di ulang dan insaflah dengan kesilapan lalu...jadikan ia panduan hidup yang berguna...Mudah saja untuk melakukan silap...mudah saja untuk memaafkan...dan mudah saja untuk berubah...

Thursday, March 19, 2009

Di manakah bahagia itu...

Seorang kawan mengatakan bahawa, kita akan sangat bahagia apabila keinginan kita dipenuhi ataupun apa yang kita inginkan dan mahu diperolehi dengan mudah. Lihat sahaja telatah si anak kecil apabila mendapat sesuatu yang diinginkannya, contohnya anak patung, nescaya dia akan melompat kegembiraan. Begitu juga dengan realiti hidup ini, setiap orang mahukan kegembiraan,keselesaan,keselamatan dan bermacam perkara yang boleh memberikan kesenangan.Tapi bayangkan jika semua ini diambil atau dirampas oleh orang lain, sudah pasti akan wujud perasaan tidak senang, marah,kecewa,sedih dan macam-macam perasaan tidak puas hati. Namun semua ini dapat diatasi dengan kesabaran dan sikap positif yang terus menerus. Hakikatnya hidup ini tidak akan disebut atau dipanggil kehidupan jika elemen-elemen seperti bahagia,gembira,kecewa,sedih dan bermacam keadaan yang lain tidak ada. Apa yang kita alami ini sebenarnya adalah satu proses kehidupan yang kita sendiri tidak pasti bila akan berakahir.

Wednesday, March 4, 2009

Sepi seorang perantau...

Aku bertanya pada diri…
Mengapa kekosongan itu hadir lagi
Di kala aku sedang gundah
Di ketika aku mencari arah..
Sungguh ironik sekali
Adakah akan masih ada sinar
Di sebalik lambaian daun akasia..
Pohon yang begitu kejam sekali
Menyedut segala keperluan hidup
Sehingga gersangnya alam…

Hembusan kipas dinding
Membuatku sedar…
Aku cuma insan kerdil
Yang masih bertatih-tatih
Mengenal indahnya alam
Indahnya hidup…
Bak satu persinggahan
Yang tiada penghujungnya…
Akan ku tempuhi
Lorong-lorong itu
Tanpa sepatu…
Menyusuri jalan
Yang penuh onak duri

Aku masih keseorangan
Menghitung detik
Yang tidak berkesudahan
Mengharapkan adanya sayap
Yang akan membawaku terbang
Mencari damai
Agar jiwa tenang
Hingga ke akhirnya….









10.15pm mac0409
-Orkid Biru-

Friday, January 9, 2009

Ruang kosong itu belum penuh lagi...

Melangkah ke tahun 2009, memberi satu gambaran baru dalam kehidupan. Apa yang diharap-harapakan oleh setiap orang adalah satu anjakan yang lebih baik daripada kehidupan sebelumnya. Semuanya itu bermula dari diri kita sendiri untuk memilih jalan yang terbaik dalam mencorakkan kehidupan yang semakin mencabar ini, seringakali kita terlupa bahawa kita sebenarnya mampu membuat perubahan yang boleh menjadi kebanggaan bukan hanya untuk diri sendiri tetapi untuk masyarakat di sekeliling kita. Apa yang diperlukan ialah keyakinan dan semangat yang kental agar kita mampu menempuhi segala dugaan dan rintangan ke arah mencapai sessuatu. Dalam diri kita memang terlalu banyak ruang kosong yang perlu dipenuhi, terutamanya keinginan dan kehendak yang tidak pernah dipuaskan. Semua itu hany satu tujuannya iaitu untuk kegembiraan....kita mungkin berusaha keras untuk mencapainya..sehinggalah banyak benda yang harus dikorbankan...namun itulah apa yang ada pada diri kita sendiri...siang malam kita bekerja keras untuk membuat yang terbaik untuk hidup dan menjangkakan sesuatu yang lebih baik akan berlaku esok hari...apa pun yang kita lakukan jangan lupa bahawa kita hanya insan kerdil yang hanya mampu membuat pelbagai perancangan,berusaha untuk mengisi kekosongan dalam diri...namun Maha Pencipta itulah yang menentukan segalanya....

Thursday, January 1, 2009

Mulakan Hidup Baru...

Pejam-celik,pejam celik...akhirnya Tahun baru muncul lagi,setiap tahun apabila muncul tahun baru, maka bertambah lagi umur setiap daripada kita. Secara peribadi dapat saya katakan...umur cuma angka yang menunjukan berapa lama sudah kewujudan kita dibumi ini,namun setiap orang pasti berbeza dari segi fikiran dan perasaan...bagi yang berjiwa muda,sudah pasti satu kelebihan...dan bagi yang merasakan diri terlalu tua...juga satu kelebihan kerana akan timbul kesedaran pada diri sendiri. Topik yang sering di perkatakan pada tahun baru ialah azam.Namun bagi saya, azam hanya tinggal azam jika kita tidak berusaha untuk mengecapinya...sudah pasti jika kita berusaha untuk mencapai azam tersebut tiada yang mustahil.Apa pun azam kita pada tahun ini,yang pasti adalah kita meninggalkan pelbagai suka duka pada tahun lepas. Sudah tentu kita mahukan yang terbaik untuk diri sendiri...mengurangkan kesalahan ataupun mengelakkannya sama sekali..apapun dosa dan salah kita pada tahun lepas,haruslah dijadikan iktibar agar kita lebih berhati2 dan belajar daripada kesilapan....belajar untuk memahami diri sendiri,hormatkan perasaan sendiri...begitu juga dengan orang sekeliling, berusaha untuk menerima dan menghormati apa pun yang ada pada mereka....sesungguhnya setiapa daripada kita pasti akan mencapai azam masing jika kita semaikan semangat keyakinan diri mulai dari sekarang dan diselitkan dengan usaha yang tidak terkira.....Selamat Tahun Baru 2009..

Sunday, December 7, 2008

Renungilah....

Suatu hari kawan lama sya kira geng keras lah...meng sms sya dan mengatakan bahawa kalo di hitung hidup kita(bagi kami yang berumur 28 tahun) tinggal 359160 jam lagi...jika purata hidup manusia terutamanya lelaki adalah kira-kira 70 tahun sahaja...memang tidak dinafikan ada kebenaran kata-katanya itu,hakikatnya kita memang hidup sementara sahaja di bumi yang fana ini. Tiada manusia yang dapat hidup selama-lamanya...setelah melalui pelbagai perkara di dunia ini, kita harus sedar kita hanyalah insan kerdil berbandingNya... Dialah yang telah menciptakan kita, memberikan segala apa yang kita miliki pada hari ini, dan Dia jugalah yang berhak mengambil apa yang kita ada. Jadi selagi ada peluang kita boleh lakukan apa sahaja yang kita mahu...walaupun adakalanya ianya boleh menyakitkan dan menyusahkan orang lain...tapi itu lumrah kehidupan, adakalanya kebaikan dibalas dengan kebaikan..tidak kurang jugan dengan kejahatan...begitu juga dengan kejahatan...pasti akan dibalas dengan kejahatan...tetapi jika kita memegang teguh ajaran-Nya..pasti kita akan membalas kejahatan itu dengan kebaikan...mungkinkah?...apa pun yang kita lakukan dalam kehidupan kita...pasti ada kesan dan hikmah di sebaliknya..jika kita memang seorang yang banyak membuat kebaikan dengan seikhlas hati,..pasti suatu hari nanti akan ada balasan yang setimpal...begitu juga kita membuat kejahatan ataupun satu kesilapan...pasti akan ada balasannya juga....namun Dia sentiasa memaafkan kita jika kita benar-benar insaf dan menyesal akan perbuatan salah kita....apa yang penting di sini ialah....berilah peluang kepada diri sendiri untuk berubah kepada yang lebih baik dan sentiasa menghargai apa yang kita ada dan miliki....jika berbuat salah tidak salah untuk menyatakan kita salah dan meminta maaf...dan jika orang menyesal akan kesalahannya maafkanlah...dan jika dia tidak mahu minta maaf....dengan rendah hati maafkan sahaja dia...hidup hanya sementara...hilangkanlah dan lupakan rasa dendam dan benci...Kasih itu segala-galanya....dengan adanya kasih pasti ada damai dalam jiwa kita....renungilah....

Tuesday, November 25, 2008

Tinggalkan temprung kelapa itu....


"Seperti katak di bawah tempurung"...peribahasa ini sudah seringakali digunakan dalam kehidupan harian kita..mungkin ianya tidak berapa releven kagi dalam dunia yang serba sofistikated ini, maklumat umpama di hujung jari, dengan kemudahan teknologi yang ada, kita mampu mengakses maklumat sepantas yang mungkin...namun maklumat itu sahaja tidak mencukupi..kita perlu mengalami dan merasai semua ini, saya masih ingat ketika saya mengambil diploma pendidikan beberapa tahun lepas, pensyarah saya membincangkan kemajuan teknologi yang telah dicapai oleh negara kita, beliau mengatakan apalah makna jika kita ada benda tersebut namun kita tidak merasainya..Beliau menyarankan apabila pergi ke KLCC sentuh dan rasai bangunan tersebut, begitu juga apabila beraada d KLIA, pegang dan rasai lift yang ada di sana, ia mungkin agak lucu,tapi semua itu memang ada makna..setiap yang kita alamai dalam hidup ini sememangnya amat bermakna, setiap saat yang berlalu membawa seribu pengertian...tetapi jika kita tidak menggunakan segala peluang yang ada, pasti ada penyesalan dan satu kerugian yang besar...persoalan di sini,sejauh manakah kita pernah meninggalkan tempat tinggal sendiri untuk mengenali tempat lain?...mungkin setiap orang tidak berpeluang untuk pergi jauh dari tempat sendiri,namun peluang itu bukan semuanya datang bergolek kepada kita, tapi kita sebenarnya boleh mencipta peluang itu...pa yang penting ialah..kesungguhan dan usaha yang berterusan...jadi selagi masih bernafas...otak masih waras, carilah atau cipatalah peluang itu untuk mengenali dunia luar....kesimpulanya pergilah MELANCONG.....:-D

Thursday, November 13, 2008

Lihat sahaja apa yang akan terjadi...

Suatu hari saya telah berterus terang dengan seorang kawan yang mungkin tidak pernah menganggap saya sebagai kawannya.Saya memberitahunya bahawa percakapannya betul-betul kurang ajar dan tidak menghormati orang lain. Bayangkan setiap kali berjumpa pasti ada isu yang akan ditimbulkan samada untuk memalukan saya ataupun menjatuhkan maruah. Manusia jenis apakah dia ini? langsung tidak menghormati orang lain. Dia mengatakan dia cuma manusia biasa yang ada sifat binatang dan malaikat,tapi sedarkah dia apa yang dia lakukan itu benar-benar membuatkan saya hilang sabar dan hormat kepadanya, mungkin adakalanya saya juga pernah menyakitkan hatinya,tapi sya juga manusia biasa, dan seringkali saya meminta maaf kepadanya. Tapi pernahkan dia meminta maaf atas apa yang dia lakukan?ya tidak pernah...saya sendiri betul-betul tidak faham,setiap kali berjumpa dengannya pasti dia akan membuat perkara yang sama, bercakap besar,menghina orang, memalukan orang dan menjatuhkan maruah orang lain...mungkin bagi dirinya ia cuma gurauan..tapi mengapa dia pernah ambil peduli apa yang orang lain fikirkan dan rasakan...saya benar-benar kecewa dengan sikap yang dia tunjukkan..setiap kali dia memalukan saya,saya cuma boleh berdiam diri dan menyerahkan semua padaNya...saya percaya semua kesabaran ini ada nilainya...hidup umpama putaran roda,adakalanya kita di atas...dan adakalanya kita di bawah, semua ini akan menjadi pengalaman yang cukup berharga bagi saya ketika berada jauh daripada tempat sendiri dan berjumpa dengan pelbagai jenis orang yang sukar difahami...saya percaya perjalanan hidup ini sebenarnya perlu panduan daripadaNya...apa yang kita lakukan pasti akan mendapat balasannya...samada baik atau buruk...pasti ada hasilnya juga...apa yang boleh saya lakukan adalah berdoa agar hatinya terbuka...dan dengan cinta kasihNya...dia akan belajar daripada kesilapannya...saya sedar saya bukanlah sempurna sangat, untuk mengadilinya...mungkin ini juga akibat daripada tindakan saya yang adakalanya melebih-lebih dan membuatkan orang lain turut terasa kesannya...namun saya juga berusaha untuk tidak mengulanginya dan sedar akan kesilapan saya....akibat daripada itu kemungkinan besar benda itu berlaku kepada saya....apa pun LIHAT SAHAJA APA YANG AKAN TERJADI di kemudian hari....saya percaya kehidupan ini memang ADIL.....

Wednesday, November 12, 2008

Kalau itu sudah memang sifatnya....

Seringkali kita mengharapkan sesuatu yang terbaik dalam hidup ini, namun ada sesetengah perkara kita tidak boleh ubah keadaannya, kerana itulah sifat semulajadinya. Apa yang boleh kita lakukan belajar untuk menerimanya dan menghargai apa yang ada, pada awalnya mungkin kita mempertikaikannya namun,lama kelamaan kita akan sedar bahawa itulah sebenarnya keadaannya...kita selalunya nampak akan keburukan orang lain sehinggakan kebaikannya adakala dilupakan...wujudnya kita sebagai manusia di bumi adalah untuk menyeimbangi antara kebaikan dan kejahatan..pasti kita semua pernah melakukan salah, namun itulah lumrah hidup..tdak payah mempertikaikan orang lain,kerana itu memang sifatnya....

Friday, November 7, 2008

Itulah realitinya....


Memang sukar untuk kita menjangkakan apa yang akan berlaku dalam hidup ini, kita mungkin sering kecewa dengan keadaan yang ada dan cuba untuk memperbaikinya. Adakalanya kita merasakan kita sangat tidak berguna dan menyesal dengan keadaan. Lain pula bila kita merasakan diri kita amat bertuah apabila memperolehi sesuatu yang amat berharga. setiap hari yang kita lalui penuh dengan perkara-perkara yang belum pasti, sebagai manusia biasa kita mugkin tidak pernah puas dengan apa yang ada,apatah lagi untuk memuaskan semua pihak, bagi orang yang agak sensitif memang sukar menerima kegagalan, namun pengalaman hidup membolehkannya menghadapi semuanya dengan tabah. Realiti adakalanya amat menyakitkan, tetapi itulah sebenarnya yang berlaku pada diri kita, mungkin kita sedaya upaya melupakannya ataupun mencari penyelasaian bagaimana untuk menghadapinya. Hari-hari yang berlalu mungkin akan membantu menghadapi keadaan, apabila kita memujuk diri kita sendiri untuk melupkan apa yang telah terjadi. Walaupun sukar pasti luka itu akan sembuh juga.

Sunday, November 2, 2008

Kawan 2....


1) kawan tu bkn mcm main FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak..
2)kawan tu bkn mcm main SKATE. Mula-mula gosok.. lepas tu pijak..
3)kawan tu bkn mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..
4)kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..
5)kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.
6)kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..
7)kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..
8)kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. kejap ade kejap takde..
9)kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.
10)lagi.....kawan tu mcm ape ye???? Haa..kawan tu mcm AWAK LA. . bila saya hantar msg, awak akan baca msg saya dgn teliti sampai habis.Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya.. :)

Thursday, October 30, 2008

Di sebalik semua ini....


Apabila kita meraikan sesuatu jelas terbayang keceriaan dan kegembiraan pada wajah setiap orang, pasti ada sesuatu sebab mengapa ianya di raikan sedemikian rupa...semua orang disekeliling kita pasti mempunyai harapan yang tinggi agar majlis yang dibuat ini akan memberikan satu kesan yang benar-benar bererti untuk semua orang.Namun disebalik semua ini pasti ada sesuatu yang kita lupa dan tidak sedar akan kehadiran dan perananya...apa pun semua itu sudah berlalu, hidup mesti diteruskan...masih banyak ruang kosong yang masih perlu diisi...setiap orang mengharapkan yang terbaik dalam diri masing-masing tetapi harus diingat, kita cuma manusia biasa, sehebat-hebat kita pasti ada kelemahan juga,pasti akan buat silap dan tiada apa yang perlu dibanggakan dengan apa yang ada...tapi mensyukuri apa yang ada...

Sunday, October 26, 2008

Hidup itu indah 2

Semalam 25/10 genap 11 tahun mendiang bapa, pergi untuk selamanya, yang berlalu tetap berlalu,kita yang masih hidup di dunia ini harus meneruskan kehidupan,apa pun yang terjadi adalah ketentuanNya..setiap orang sudah tentu menginginkan yang terbaik dalam hidupnya, setiap hari dalam hidup merupakan pengalaman berharga yang tiada nilainya..terpulanglah bagaimana untuk kita menilainya...dalam hidup ini pasti kita sentiasa maukan yang terbaik...kita sebenarnya maukan hari ini lebih baik daripada semalam dan hari esok yang lebih baik lagi... sudah naluri manusia mengingikan yang terbaik dalam hidup ini, namun keadaan sekeliling adakalanya tidak menggalakkan kita untuk membuat sesuatu perubahan ke arah yang lebih baik,terlalu banyak kekangan dalam usaha menjadikan hidup yang lebih baik, tapi itu semua bukan halangan,yang pasti usaha yang berterusan tanpa mengenal erti putus asa akhirnya pasti akan di kecapi juga impian selama ini....apa yang penting untuk membuat perubahan ialah diri kita sendiri...impian semata-mata sudah tentu tidak mencukupi,kita perlukan keberanian, kekuatan dan semangat yang jitu agar kita membuat perubahan tersebut...persoalannya...apakah sebenarnya yang kita kejar di dunia ini?

Monday, October 20, 2008

Berikan diri anda peluang...

Setiap insan di dunia ini mempunyai impian. Samada untuk menjadi kaya raya ataupun glamour, itu sudah memang menjadi lumrah dalam hidup, namun sejauh manakah kita akan mencapai impian tersebut, bergantung kepada usaha kita untuk mengecapinya.Ada orang sanggup bekerja keras untuk mencapai impian yang diidam-idamkan..namun ada yang berjaya dan juga sebaliknya. Apa yang pasti kehidupan yang kita ada sekarang sebenarnya sudah cukup untuk meneruskan hidup, asalkan kita puas dengan apa yang ada dan gembira dengan rutin harian kita itu sudah memadai..tetapi tidak salah untuk mencuba,setiap orang ada pendirian sendiri tentang kehidupan mereka....namun jika hidup penuh kegagalan demi kegagalan pasti ada hikmah disebalik semua itu, berikan diri anda peluang untuk menerokai perjalanan kehidupan yang kita sendiri tidak tahu penghujungya....

Wednesday, October 15, 2008

Mengertilah....

Hubungan dua insan itu memang unik,Tuhan telah menciptakan lelaki untuk menjadi pasangan perempuan, ada orang mengatakan apabila adanya chemistry antara dua insan yang berbeza jantina ini,maka akan wujud hubungan intim antara mereka. Dalam menjalin hubungan ini memang indah jika kedua-duanya saling memahami...tidak dinafikan si perempuan memang agak sensitif dan demand, mereka perlukan perhatian lebih dan paling penting si lelaki perlu pandai main peranan...perempuan biasanya perlukan lelaki untuk memahami mereka dan lebih menyayangi mereka..dibelai manja dan perhatian yang lebih...namun lelaki adakalanya tidak dapat memenuhi semua kehendak itu, apa alasan pun mengertilah bahawa hati lelaki tidak akan berubah, walaupun didapati ramai lelaki yang gemar main kayu tiga, tetapi jika dia benar-benar menyayangi seseorang itu,pasti dia tidak akan memikirkan orang lain lagi...hubungan akan berkekalan jika kedua-dua pihak saling memahami dan cuba berbincang jika ada sebarang masalah....bagi lelaki sesibuk mana pun dia dalam rutin harian,dia tidak akan melupakan si perempuan...mengertilah bahawa jika manusia boleh membaca hati orang lain, lelaki sanggup menyerahkan hatinya untuk dibaca....memang diakui lelaki ada egonya,tetapi mengertilah...perasaan sayang dan kasih itu bukan hanya diungkapkan dengan kata-kata sahaja tetapi perbuatannya....bayangkan lelaki terkandas di sebuah pulau di lautan atlantik, tanpa kemudahan komunikasi apatah lagi burung merpati...jika hatinya tetap satu...dia tidak akan berubah..akan tidak ada sms ataupun panggilan telefon...jika ia lambat diselamatkan dan meninggal di sana,pasti perasaan sayang dan kasihnya tetap pada perempuan seorang...namun jika dia selamat...sudah pasti kasih dan sayang itu lebih kuat dan akan lebih erat lagi....masa dan jarak sebenarnya menguji sejauh mana kita lebih setia dan menguatkan lagi perasaan rindu dan sayang....Mengertilah!

Hidup itu indah 1....

Kehidupan kita boleh digambarkan sebagai sebuah lakonan dimana setiap orang ada watak tersendiri, setiap pelakuan dan perwatakan kita seolah-olah sudah wujud di atas skrip yang tidak pernah ditulis ataupun dibaca, semuanya dituturkan dan dilakonkan dengan sempurna sekali...setiap hari yang kita lalui adalah sebuah episod baru dalam lakonan kehidupan, dalam setiap episod ini sudah tentu ada hero dan heroinnya...pelakon-pelakon utama ini lah yang sebenarnya mencorakan jalan cerita setiap episod ini,samada gembira atau sedih semuanya sudah tertulis..apa pun yang kita lakukan memang banyak mempengaruhi jalan cerita kehidupan, namun kita sebenarnya masih terikat dengan norma-norma kehidupan samada ianya lebih duniawi ataupun berpandukan kepada kepercayaan masing-masing. Memang tidak dinafikan kebebasan itu memang wujud,tapi sejauh manakah kita boleh mengawal kebebasan itu? ataupun kebebasan itu yang mengawal kita?...setiap orang sudah tentu mempunyai visi dan misi tersendiri dalam kehidupan, dalam mengejar impian masing-masing kita sering lupa akan siapa diri kita sebenarnya, kita hidup di dunia bukanlah secara sendirian...kita hidup sebagai satu komuniti yang saling bergantungan agar setiap orang memperolehi kebaikannya...tidak dinafikan hidup ini tidak lari daripada membuat kesilapan, apa yang pasti jika kita sedar akan kesilapan kita, akhirnya kita kembali ke pangkal jalan....sebagai hidup bersmasyarakat perkara utama yang perlu kita fahami ialah saling hormat menghormati sesama,tidak kira jantina,status,pangkat atauoun siapa kita...ini kerana kita adalah manusia biasa yang tiada bezanya dengan dengan manusia lain di bumi ini...begitu juga dengan minda kita,dengan anugerah daripadaNya...kita berupaya berfikir dan bertindak dengan lebih bijak...dengan fikiran ini lah kita tahu membezakan yang baik dan buruk...kita berupaya memberi buah fikiran atau pendapat masing-masing berdasarkan pengalaman ataupun pemerhatian kita, ianya di suarakan melalui percakap harian kita samada melalui perbincangan ataupun kritikan...sebagai hidup bermasyarakat perkara asas yang paling baik ialah menjadi pendengar yang baik dan pengkritik yang baik.Pengkritik yang baik ialah,keupayaannya meneyerap buah fikiran orang lain dan menyatakannya semula dalam cara yang lebih baik....tidak semestinya semua kritikan itu membina, yang penting ialah penerimaan kedua-dua pihak secara menang-menang...perlu diingat kita tidak selalunya sentiasa benar, kita perlu akui kita juga mempunyai kelemahan, paling penting ialah rasa rendah diri walau apa keadaan pun.......

Biarkan dia dengan prinsipnya....

Pengakuan Ikhlas seorang individualistik
"AKU TETAP AKU, SESIAPA SAHAJA YANG MENGENALI DIRIKU BIAR SEHARI ATAU SETAHUN BERSUA ATAU TIDAK AKU TETAP SEPERTI DULU YANG MENDAMBAKAN KEDAMAIAN DAN KEBEBASAN HIDUP, TAPI BERBATAS DALAM SOSIALISASI .TELAH KUKATAKAN HANYA MEREKA YANG FAHAM AKU ADALAH SEORANG YANG UNIVERSAL DAN KRONOLOGI MASA LAMPAU TELAH MENJADIKAN AKU SEORANG INSAN YANG SENTIASA TABAH UNTUK MENCARI KESUDAHAN DALAM JAWAPAN.USAH BINGUNG ATAU MENGGARU KEPALA YANG TIDAK GATAL, KERANA ITULAH ANUGERAH TUHAN UNTUKKU YANG BAGAIKAN KELKATU YANG KEHILANGAN CAHAYA LAMPU.SERING KUDENGAR UCAPAN BAHAWA MENGAPA INSAN SEPERTIKU BEGITU KERAS HATI UNTUK MENCAPAI SESUATU IMPIAN.JAUH DI SUDUT HATIKU SIKAP INDIVIDUALISTIK YANG AKHIRNYA MENCIPTA JURANG ANTARAKU DENGAN MEREKA .SELAGI MENTARI TERBIT DARI UFUK TIMUR , SELAGI ITULAH AKU MASIH MENCARI-CARI APA YANG BELUM KUKETAHUI KESIMPULANNYA .NAMUN AKU TIDAK MAHU ,SIFATKU YANG BEGINI AKAN DIEKSPLOITASI OLEH MEREKA YANG KURANG ARIF TENTANG KESAHIHAN PENDIRIANKU ,DIHARAP AFILIASIKU DENGAN SEMUA AKAN TERUS ERAT KIAN MENGHITUNG HARI."

Kawan...

Hey,Kawan,
Susah Tau Nak Cari Kawan !
Macam Ni Ke Yang Dipanggil Kawan?
Layak Benar Dipanggil Lawan !
Bila Susah Cari Kawan,
Dah Senang Lupa Kawan,
Ada Ke Patut Kawan?
Kalau Nak Berkawan,Buat Cara Kawan,
Bukan Cara Lawan.
Apa Nak Jadi Kawan?
"Kawan" Punya Fasal,
Saudara Kawan Lupakan.
"Kawan" Punya Fasal
Janji Manis Kawan Sengaja Lupakan.
Betul Ke Caranya Tu Kawan?
Hey,Kawan,
Sudah-sudahlah Berkawan,Takkan Sampai Ke Awan!

Esok mungkin terlambat

Jika anda marah akan seseorang, dan tiada yang mahu memperbaiki keadaan...anda boleh memperbaikinya.Mungkin esok orang itu masih mahu menjadi kawan anda, dan jika anda tidak melakukannya esok mungkin terlambat

Jika anda jatuh cinta dengan seseorang dan orang itu tidak mengetahuinya,anda harus berterus-terang dengannya,kemungkinan besar orang itu juga mencintai anda dan jika anda tidak menyatakannya esok mungkin terlambat

Jika anda mempunyai kawan yang anda hargai, beritahu mereka, kemungkinan besar mereka juga menghargai anda dan jika tidak mereka mungkin akan meninggalkan anda dan hari esok mungkin terlambat.

Monday, October 13, 2008

Cerita penglipur lara.....

Alkisah ada dua sahabat baik yang sudah lama tidak berjumpa...mereka berdua begitu exicted sekali menceritakan penglaman hidup masing-masing...

Mr X : Ko tau tempat keja sya,strict sangat masuk keja jam 6.40 a.m pastu pulang jam 5.00 p.m
pastu guna thumb print lagi untuk daftar masuk kerja...

Mr Y : Kalau tempat keja sya,lek2 jak! masuk sebenarnya jam 7.00 tapi suka hati nak datang
jam berapa, yang penting ada orang tolong punchkan! Masa balik pun begitu balik awal pun boleh.

Mr X : Oh begitu,kalau tempat kami nak makan pun susah..apa lagi kalau mau keluar, mesti ada
pengganti untuk buat kerja.

Mr Y : Erm....kalau tempat sya keja,kalau nak pergi makan,bila-bila masa saja anggap saja keja
dan setel. Tidak payah susah-susah....kalau nak keluar pun bila-bila saja tiada yang peduli

Mr X : Wah...sampai begitu sekali, kalau kami nak cuti lagi susah,kalau ada emergency saja baru
dapat cuti. Bos strict sangat.

Mr Y : Bab-bab cuti ni di tempat kerja sya pakar sangat, tidak payah apply pun...bleh mengikitiraf diri sendiri untuk cuti, lepas tu bleh cuti bila-bila masa saja dan berapa lama pun bleh...

Mr X : Hebat juga...boleh tubuhkan kelab chipsmore tu...

Mr Y : Hahaha....yalah!

Saturday, October 11, 2008

Kerja amal itu sesuatu yang mulia....

Kira-kira sepuluh tahun yang lepas, ketika saya berada ditingkatan 5..ketika saya bersekolah di SMTL KK..guru pendidikan moral kami telah melaksanakan satu projek iaitu membuat kerja-kerja amal di sebuah rumah kebajikan. Kebetulah rumah kebajikan tersebut cuma bersebelahan dengan sekolah. Selepas waktu persekolahn kami dibawa ke tempat tersebut,kebanyakkan kami adalah pelajar-pelajar di tingkatan 5. Apabila sampai di sana,kami bersama-sama bergotong royong membuat kerja-kerja seperti pembersihan dan sebagainya.Semua kami lakukan ini dengan perasaan ikhlas dan gembira menolong orang susah. Namun ada rakan-rakan saya yang langsung tidak mahu memberikan kerjasama hanya duduk diam dan memandang kami saja membuat kerja..tetapi bagi guru pendidikan moral kami dia tidak marah dan kecewa pun, dia berkata untuk membuat kerja-kerja amal ini, kita tidak boleh memaksa seseorang itu untuk turut serta, apabila kita melakukan sesuatu kita haruslah membuka hati kita sendiri..bertanya kepada diri kita adakah kita ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk melakukannya terutamanya dalam kerja-kerja amal ini..Dan sehingga kini sya percaya memang ada kebenaran semua itu, apa pun yang kita lakukan untuk tujuan amal haruslah di lakukan dengan hati yang IKHLAS...dan bukan PAKSAAN...apatah lagi untuk mendapat glamour ataupun mendapat nama semata-mata......jadi terpulang kepada kita meyelami maksud AMAL itu sebelum melaksanakan atau melibatkan dalam program dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan

Bebaskan burung itu jika anda menyayanginya...




Nenek saya ada memelihara seekor burung tiung,hari-hari dia memberinya makan buah pisang,saya masih ingat sayalah yang selalu memcari buah pisang untuk memberi makan burung tersebut..apabila saya meningkat remaja,saya jarang-jarang sudah menolong nenek memberi burung itu makan. Suatu hari saya terdengar nenek merungut, tentang tiada siapa menolongnya memberi burung itu makan....hinggalah pada suatu hari nenek tidak lagi sesihat dahulu...nenek pernah meluahkan pada saya betapa dia menyayangi burung itu...dialah penghibur ketika nenek keseorangan,mengubat kesunyian dan menggembirakannya ketika sedih..akhirnya pada satu subuh yang bening...nenek dengan berat hati melepaskan burung itu dari dalam sangkarnya...nenek berkata kalau kita sangat sayang akan seseorang tidak semestinya kita akan bersama-sama denganya ataupun memilikinya...biarkanlah ia pergi....

Sukar untuk di mengerti...


Dia...
Aku mau jadikan kawan,
Walaupun dia pelik,
Dia masih boleh dibuat kawan,
Dia cukup diam,
Dia memang cool,
Cukup berhati-hati dalam perkataan,
Tidak banyak cakap...
Cuma memerhati...
Aku...
Mulai rapat dengannya
Cuba masuk jiwanya,
namun ada sesuatu...
jiwanya cukup keras
fikirannya sukar dijangka
terlalu banyak teka-teki
gelora sepanjang masa
Dia dan Aku
wujud jurang yang besar
dua jiwa yang teguh
tiada kompromi
mulai menjadi dingin
sedingin embun pagi
ingin menjadi wira perang
dengan ego yang besar
Aku..
Tewas...
Membuatnya kawan...
namun...
berjuta jiwa yang kosong
menanti untuk diisi..
dan aku....
tidak keseorangan...
Dia...
Mengejar impian
membuktikan sesuatu
memang gah
se gah batu kelikir
namun jiwanya tetap kosong
obses dan cintai
diri sendiri.....
egois...
individulistik...
optisimistik...
psikotik...
apa yang pasti...
dirinya....sukar dimengerti
-mr joe-
Khas buat mereka yang mengerti....







Antara impian dan realiti...


Setiap orang pasti ada impian sejak daru kecil lagi, mungkin kita masih teringat ketika bangku sekolah rendah apabila guru kita bertanya,apakah cita-cita kita,sudah pasti kita menginginkan sesuatu yang hebat apabila besar nanati...bagi yang sedar akan potensi diri masing-masing pasti akan berusaha untuk mencapai impian tersebut...namun apabila sudah dewasa,belum tentu apa yang kita cita-citakan akan kita perolehi...realiti hidup adakalanya begitu indah dan manis sekali...tapi ia takkan lengkap jika kita tidak merasai akan pahitnya..pahit dan manis hidup ini sebenarnya adalah syarat untuk kita lebih memahami erti hidup dan lebih matang dalam menempuh perjalanan yang kita sendiri tidak tahu bilakah ia aka berakhir.......

Thursday, October 9, 2008

Biarkan ia...berkata-kata

Mendengar rungutan dan keluhan dari seseorang memang menjadi lumrah dalam hidup, samada ianya satu buah fikiran yang baik ataupun sebaliknya,itulah sebenarnya yang terbuku dalam jiwanya..apa yang boleh kita buat ialah biarkan sahaja mereka berkata-kata...itu sudah cukup puas bagi mereka....jadilah pendengar yang baik dan bukan pengkritik yang baik...!