Thursday, March 19, 2009

Di manakah bahagia itu...

Seorang kawan mengatakan bahawa, kita akan sangat bahagia apabila keinginan kita dipenuhi ataupun apa yang kita inginkan dan mahu diperolehi dengan mudah. Lihat sahaja telatah si anak kecil apabila mendapat sesuatu yang diinginkannya, contohnya anak patung, nescaya dia akan melompat kegembiraan. Begitu juga dengan realiti hidup ini, setiap orang mahukan kegembiraan,keselesaan,keselamatan dan bermacam perkara yang boleh memberikan kesenangan.Tapi bayangkan jika semua ini diambil atau dirampas oleh orang lain, sudah pasti akan wujud perasaan tidak senang, marah,kecewa,sedih dan macam-macam perasaan tidak puas hati. Namun semua ini dapat diatasi dengan kesabaran dan sikap positif yang terus menerus. Hakikatnya hidup ini tidak akan disebut atau dipanggil kehidupan jika elemen-elemen seperti bahagia,gembira,kecewa,sedih dan bermacam keadaan yang lain tidak ada. Apa yang kita alami ini sebenarnya adalah satu proses kehidupan yang kita sendiri tidak pasti bila akan berakahir.

No comments: