Thursday, March 19, 2009

Di manakah bahagia itu...

Seorang kawan mengatakan bahawa, kita akan sangat bahagia apabila keinginan kita dipenuhi ataupun apa yang kita inginkan dan mahu diperolehi dengan mudah. Lihat sahaja telatah si anak kecil apabila mendapat sesuatu yang diinginkannya, contohnya anak patung, nescaya dia akan melompat kegembiraan. Begitu juga dengan realiti hidup ini, setiap orang mahukan kegembiraan,keselesaan,keselamatan dan bermacam perkara yang boleh memberikan kesenangan.Tapi bayangkan jika semua ini diambil atau dirampas oleh orang lain, sudah pasti akan wujud perasaan tidak senang, marah,kecewa,sedih dan macam-macam perasaan tidak puas hati. Namun semua ini dapat diatasi dengan kesabaran dan sikap positif yang terus menerus. Hakikatnya hidup ini tidak akan disebut atau dipanggil kehidupan jika elemen-elemen seperti bahagia,gembira,kecewa,sedih dan bermacam keadaan yang lain tidak ada. Apa yang kita alami ini sebenarnya adalah satu proses kehidupan yang kita sendiri tidak pasti bila akan berakahir.

Wednesday, March 4, 2009

Sepi seorang perantau...

Aku bertanya pada diri…
Mengapa kekosongan itu hadir lagi
Di kala aku sedang gundah
Di ketika aku mencari arah..
Sungguh ironik sekali
Adakah akan masih ada sinar
Di sebalik lambaian daun akasia..
Pohon yang begitu kejam sekali
Menyedut segala keperluan hidup
Sehingga gersangnya alam…

Hembusan kipas dinding
Membuatku sedar…
Aku cuma insan kerdil
Yang masih bertatih-tatih
Mengenal indahnya alam
Indahnya hidup…
Bak satu persinggahan
Yang tiada penghujungnya…
Akan ku tempuhi
Lorong-lorong itu
Tanpa sepatu…
Menyusuri jalan
Yang penuh onak duri

Aku masih keseorangan
Menghitung detik
Yang tidak berkesudahan
Mengharapkan adanya sayap
Yang akan membawaku terbang
Mencari damai
Agar jiwa tenang
Hingga ke akhirnya….









10.15pm mac0409
-Orkid Biru-