Wednesday, November 11, 2009

Aku mulai menulis lagi..

sudah berbulan-bulan lamanya saya berhenti mencoretkan sesuatu dalam blog ini, akhirnya timbul lagi mood untuk menyambung pekara yang memang amat saya minati. Untuk berbulan lamanya bermacam-macam benda berlaku dan berjalan bersama mengharungi hidup yang penuh pancaroba ini. Apa yang berlaku dalam hidup ini adakalanya satu proses pengulangan yang kita sebenarnya sedari ataupun tidak...contohnya kita pernah memenangi satu pertandingan...beberapa tahun lepas..dan tidak lama kemudian kita menang lagi,ada yang cukup gembira dan sudah tentu ada yang cuma merasai sekadar biasa-biasa saja...namun pengalaman-pengalaman semua ini adalah rutin hidup yang tidak berkesudahan sehinggalah akhir hayat kita di dunia ini. Saya masih tering sewaktu sembahyang mendiang nenek saya di gereja pada hujung bulan lepas, paderi tersebut dalam khotbahnya..mengatakan hidup ini cuma satu perjalanan atau pengemberaan...dan kita cuma singgah sebentar sahaja...sebelum kehidupan kekal. Belum terlambat jika kita sedar akan siapa kita..semua manusia berhak melakukan apa yang diingini...asalkan semua yang di lakukan pada tahap yang sederhana..dan jika melakukan salah atau silap..berbaliklah ke pangkal jalan...

Monday, August 17, 2009

Syukur..akhirnya sedar juga!

Apabila kita melakukan salah,dan ianya sampai ke kemuncaknya, saya percaya akhirnya kita akan sedar juga,yang kita sebenarnya sudah jauh menyimpang..mungkin perlu ada orang yang perlu menyedarkan kita,ataupun kita akhirnya sedar apabila sesuatu benda buruk berlaku baru lah mau bertindak. Sebenarnya apabila kita buat salah,kesannya bukan berlaku pada kita,tapi yang menjadi mangsa dalah orang lain.Bebanan sebegini memang terlalu perit untuk orang lain hadapi..yalah sampai bila juga harus menjadi mangsa keadaan. Tapi syukurlah jika kita akhirnya sedar, kita sememangnya buat silap sejak dari awal lagi..mungkin masih belum terlambat untuk bertindak..apa pun semuanya masih boleh di selamatkan.fikir-fikirkan...

Friday, July 17, 2009

Jadilah pemimpin yang baik

Setiap orang memang dilahirkan untuk menjadi pemimpin..paling tidak pun dalam memimpin keluarga. Samada kita menjadi pemimpin sebuah organisasi yang besar ataupun kecil,prestasi kepimpinan perlu berada pada tahap yang boleh menjadi ukuran keberkesanannya. Jatuh bangunnya organisasi ini bergantung penuh kepada pemimpinnya. Jika terdapat beberapa orang pemimpin dalam satu organisasi perkara asas yang paling penting ialah KOMUNIKASI...komunikasi adalah tools penting dalam memastikan kelancaran pentadbiran sesebuah organisasi bagi mengelakkan wujudnya kepincangan dan sebarang masalah yang akan timbul. Sebagai contoh,jika terdapat 3 pemimpin utama,seharusnya Ketua 1 perlu sentiasa berhubung dengan ketua 2 dan ketua 3...komunikasi berkesan harus diwujudkan agar ketiga2nya kebih memahami antara satu dengan yang lain.Kepincangan wujud apabila terdapat pemimpin yang lepas tangan, ataupun berlaku perkara yang tidak disengajakan,namun adakalanya antara ketua-ketua ni,pasti ada yang saling menuduh dan cuba mengelak daripada terlibat...seharusnya perlu ada kerjasama yang erat dan tahap persefahaman yang tinggi agar segala masalah dapat di atasi. Begitu juga hubungan antara ketua dengan orang dibawahnya, ketua perlu peka akan keadaan anak buahnya dan begitulah sebaliknya...namun pasti akan wujud keadaan di mana segala tindakan dibuat sendiri tanpa pengetahuan ketua ataupun orang yang bekerja dibawahnya...Inilah sebenarnya hakikat kehidupan yang semakin dipengaruhi oleh budaya individualistik dan mementingkan diri sendiri.. Dalam hal ini pemimpin perlu lebih efisyen dan mampu mentadbir organisasinya dengan menggunakan segala ilmu yang ada demi memastikan wujudnya keadilan dan kesamarataan untuk semua pihak dengan kata lain pemimpin perlu menjadi pemerhati,pendengar dan pelaksana yang bijak.

Tuesday, May 5, 2009

Mudah saja....

Kehidupan memang sukar dijangkakan, apabila kita berbuat baik dengan orang lain,pasti akan ada peluang untuk orang lain mengambil kesempatan...adakah kebaikan yang ada pada seseorang itu memboleh dia diperlekehkan?dan tdak dihormati...manusia semakin hari semakin mementingkan diri, sikap individualistik semakin menebal dalam diri masing-masing. Tapi persoalannya...mengapa? bayang dalam satu situasi anda begitu baik dengan seseorang, dan langsung tiada pransangka buruk,tetapi sebalik semua itu,sesuatu yang tidak dijangkakan berlaku, dan ianya menyusahkan diri anda...hakikatnya semua orang mahukan hidup yang aman damai dan tenang...dan apabila suasana tenang itu dicemari dengan keadaan yang tidak pernah anda jangkakan...memang sukar untuk diterima..pada permulaannya sangat sukar sekali...dan hampi2 tidak dapat menerimanya...terutamanya apabila anda di belakangi atau ditikam dari belakang atau tdak di hormati...apatah lagi orang yang melakukannya adalah orang yg anda percayai. memang sukar untuk menjangkakan tabiat dan sifat manusia...namun jika memang ada sifat baik dalam diri seseorang itu, seteruk mana org lain mengenakannnya...tetapi akan tetap ada sifat kemaafan...orang yang ada sifat kebaikan semulajadi dalam dirinya adalah orang yang paling bertuah di dunia..seteruk manapun dia di jatuhkan...dan di rendah-rendahkan...tetapi kefrana sifat kebaikan semulajadi dalam dirinya tu tetap akan memaafkan orang lain...walaupun tidak ditunjukkan sepenuhnya...semua orang boleh berubah...yang penting keinginan untuk berubah...yang berlalu tetap berlau...jangan dikenang lagi...namun jangan sesekali di ulang dan insaflah dengan kesilapan lalu...jadikan ia panduan hidup yang berguna...Mudah saja untuk melakukan silap...mudah saja untuk memaafkan...dan mudah saja untuk berubah...

Thursday, March 19, 2009

Di manakah bahagia itu...

Seorang kawan mengatakan bahawa, kita akan sangat bahagia apabila keinginan kita dipenuhi ataupun apa yang kita inginkan dan mahu diperolehi dengan mudah. Lihat sahaja telatah si anak kecil apabila mendapat sesuatu yang diinginkannya, contohnya anak patung, nescaya dia akan melompat kegembiraan. Begitu juga dengan realiti hidup ini, setiap orang mahukan kegembiraan,keselesaan,keselamatan dan bermacam perkara yang boleh memberikan kesenangan.Tapi bayangkan jika semua ini diambil atau dirampas oleh orang lain, sudah pasti akan wujud perasaan tidak senang, marah,kecewa,sedih dan macam-macam perasaan tidak puas hati. Namun semua ini dapat diatasi dengan kesabaran dan sikap positif yang terus menerus. Hakikatnya hidup ini tidak akan disebut atau dipanggil kehidupan jika elemen-elemen seperti bahagia,gembira,kecewa,sedih dan bermacam keadaan yang lain tidak ada. Apa yang kita alami ini sebenarnya adalah satu proses kehidupan yang kita sendiri tidak pasti bila akan berakahir.

Wednesday, March 4, 2009

Sepi seorang perantau...

Aku bertanya pada diri…
Mengapa kekosongan itu hadir lagi
Di kala aku sedang gundah
Di ketika aku mencari arah..
Sungguh ironik sekali
Adakah akan masih ada sinar
Di sebalik lambaian daun akasia..
Pohon yang begitu kejam sekali
Menyedut segala keperluan hidup
Sehingga gersangnya alam…

Hembusan kipas dinding
Membuatku sedar…
Aku cuma insan kerdil
Yang masih bertatih-tatih
Mengenal indahnya alam
Indahnya hidup…
Bak satu persinggahan
Yang tiada penghujungnya…
Akan ku tempuhi
Lorong-lorong itu
Tanpa sepatu…
Menyusuri jalan
Yang penuh onak duri

Aku masih keseorangan
Menghitung detik
Yang tidak berkesudahan
Mengharapkan adanya sayap
Yang akan membawaku terbang
Mencari damai
Agar jiwa tenang
Hingga ke akhirnya….









10.15pm mac0409
-Orkid Biru-

Friday, January 9, 2009

Ruang kosong itu belum penuh lagi...

Melangkah ke tahun 2009, memberi satu gambaran baru dalam kehidupan. Apa yang diharap-harapakan oleh setiap orang adalah satu anjakan yang lebih baik daripada kehidupan sebelumnya. Semuanya itu bermula dari diri kita sendiri untuk memilih jalan yang terbaik dalam mencorakkan kehidupan yang semakin mencabar ini, seringakali kita terlupa bahawa kita sebenarnya mampu membuat perubahan yang boleh menjadi kebanggaan bukan hanya untuk diri sendiri tetapi untuk masyarakat di sekeliling kita. Apa yang diperlukan ialah keyakinan dan semangat yang kental agar kita mampu menempuhi segala dugaan dan rintangan ke arah mencapai sessuatu. Dalam diri kita memang terlalu banyak ruang kosong yang perlu dipenuhi, terutamanya keinginan dan kehendak yang tidak pernah dipuaskan. Semua itu hany satu tujuannya iaitu untuk kegembiraan....kita mungkin berusaha keras untuk mencapainya..sehinggalah banyak benda yang harus dikorbankan...namun itulah apa yang ada pada diri kita sendiri...siang malam kita bekerja keras untuk membuat yang terbaik untuk hidup dan menjangkakan sesuatu yang lebih baik akan berlaku esok hari...apa pun yang kita lakukan jangan lupa bahawa kita hanya insan kerdil yang hanya mampu membuat pelbagai perancangan,berusaha untuk mengisi kekosongan dalam diri...namun Maha Pencipta itulah yang menentukan segalanya....

Thursday, January 1, 2009

Mulakan Hidup Baru...

Pejam-celik,pejam celik...akhirnya Tahun baru muncul lagi,setiap tahun apabila muncul tahun baru, maka bertambah lagi umur setiap daripada kita. Secara peribadi dapat saya katakan...umur cuma angka yang menunjukan berapa lama sudah kewujudan kita dibumi ini,namun setiap orang pasti berbeza dari segi fikiran dan perasaan...bagi yang berjiwa muda,sudah pasti satu kelebihan...dan bagi yang merasakan diri terlalu tua...juga satu kelebihan kerana akan timbul kesedaran pada diri sendiri. Topik yang sering di perkatakan pada tahun baru ialah azam.Namun bagi saya, azam hanya tinggal azam jika kita tidak berusaha untuk mengecapinya...sudah pasti jika kita berusaha untuk mencapai azam tersebut tiada yang mustahil.Apa pun azam kita pada tahun ini,yang pasti adalah kita meninggalkan pelbagai suka duka pada tahun lepas. Sudah tentu kita mahukan yang terbaik untuk diri sendiri...mengurangkan kesalahan ataupun mengelakkannya sama sekali..apapun dosa dan salah kita pada tahun lepas,haruslah dijadikan iktibar agar kita lebih berhati2 dan belajar daripada kesilapan....belajar untuk memahami diri sendiri,hormatkan perasaan sendiri...begitu juga dengan orang sekeliling, berusaha untuk menerima dan menghormati apa pun yang ada pada mereka....sesungguhnya setiapa daripada kita pasti akan mencapai azam masing jika kita semaikan semangat keyakinan diri mulai dari sekarang dan diselitkan dengan usaha yang tidak terkira.....Selamat Tahun Baru 2009..