Saturday, October 11, 2008

Kerja amal itu sesuatu yang mulia....

Kira-kira sepuluh tahun yang lepas, ketika saya berada ditingkatan 5..ketika saya bersekolah di SMTL KK..guru pendidikan moral kami telah melaksanakan satu projek iaitu membuat kerja-kerja amal di sebuah rumah kebajikan. Kebetulah rumah kebajikan tersebut cuma bersebelahan dengan sekolah. Selepas waktu persekolahn kami dibawa ke tempat tersebut,kebanyakkan kami adalah pelajar-pelajar di tingkatan 5. Apabila sampai di sana,kami bersama-sama bergotong royong membuat kerja-kerja seperti pembersihan dan sebagainya.Semua kami lakukan ini dengan perasaan ikhlas dan gembira menolong orang susah. Namun ada rakan-rakan saya yang langsung tidak mahu memberikan kerjasama hanya duduk diam dan memandang kami saja membuat kerja..tetapi bagi guru pendidikan moral kami dia tidak marah dan kecewa pun, dia berkata untuk membuat kerja-kerja amal ini, kita tidak boleh memaksa seseorang itu untuk turut serta, apabila kita melakukan sesuatu kita haruslah membuka hati kita sendiri..bertanya kepada diri kita adakah kita ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk melakukannya terutamanya dalam kerja-kerja amal ini..Dan sehingga kini sya percaya memang ada kebenaran semua itu, apa pun yang kita lakukan untuk tujuan amal haruslah di lakukan dengan hati yang IKHLAS...dan bukan PAKSAAN...apatah lagi untuk mendapat glamour ataupun mendapat nama semata-mata......jadi terpulang kepada kita meyelami maksud AMAL itu sebelum melaksanakan atau melibatkan dalam program dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan

2 comments:

kalai said...

Ikhlas adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak…..contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas:membantu seseorang sambil berkata,"Ambillah, saya ikhlas...ianya untuk kerja amal…."…..tiada siapa yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang empunya diri. Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas, cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima tuhan….kerja amal yang dilakukan tidak menjadi ikhlas sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat jika ianya dilakukan atas PAKSAAN……kerja amal tidak dapat dilakukan dengan ikhlas jika ianya bertopengkan PAKSAAN…..untuk ikhlas terutamanya dalam kerja amal, sebenarnya amat susah sekali….. terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti majlis keramaian….fikirkanlah sejenak….sesungguhnya, PAKSAAN tidak wujudkan keikhlasan dalam kerja amal………

unclenus said...

Ya betul....