Monday, October 13, 2008

Cerita penglipur lara.....

Alkisah ada dua sahabat baik yang sudah lama tidak berjumpa...mereka berdua begitu exicted sekali menceritakan penglaman hidup masing-masing...

Mr X : Ko tau tempat keja sya,strict sangat masuk keja jam 6.40 a.m pastu pulang jam 5.00 p.m
pastu guna thumb print lagi untuk daftar masuk kerja...

Mr Y : Kalau tempat keja sya,lek2 jak! masuk sebenarnya jam 7.00 tapi suka hati nak datang
jam berapa, yang penting ada orang tolong punchkan! Masa balik pun begitu balik awal pun boleh.

Mr X : Oh begitu,kalau tempat kami nak makan pun susah..apa lagi kalau mau keluar, mesti ada
pengganti untuk buat kerja.

Mr Y : Erm....kalau tempat sya keja,kalau nak pergi makan,bila-bila masa saja anggap saja keja
dan setel. Tidak payah susah-susah....kalau nak keluar pun bila-bila saja tiada yang peduli

Mr X : Wah...sampai begitu sekali, kalau kami nak cuti lagi susah,kalau ada emergency saja baru
dapat cuti. Bos strict sangat.

Mr Y : Bab-bab cuti ni di tempat kerja sya pakar sangat, tidak payah apply pun...bleh mengikitiraf diri sendiri untuk cuti, lepas tu bleh cuti bila-bila masa saja dan berapa lama pun bleh...

Mr X : Hebat juga...boleh tubuhkan kelab chipsmore tu...

Mr Y : Hahaha....yalah!

2 comments:

kalai said...
This comment has been removed by the author.
kalai said...

sama-sama kita renungkanlah......."Profesionalisme" (bagi Eric Hoyle,1980) adalah sikap dan tindakan yang menyentuh aspek-aspek yang berkaitan dengan pekerjaan seperti hal-hal tentang syarat-syarat kerja, soal gaji dan upah, jadual tugas dan hal-hal lain yang berkaitan dengannya. Semuanya adalah hal-hal yang selalu dihubungkaitkan dengan perjuangan kesatuan sekerja.


"Profesionaliti" pula ialah sikap dan tingkah-laku yang ditunjukkan oleh seseorang terhadap "profesionnya" serta taraf pengetahuan dan ketrampilan dalam bidang pekerjaan itu.


wahai para guru....
Seseorang guru yang sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti pengajarannya dan sentiasa mementingkan kejayaan dan kebajikan murid-muridnya dikatakan mempunyai "profesionaliti" yang tinggi.Dengan kata lain, guru itu melihat perguruan dan tugasnya bukan semata-mata sebagai satu "pekerjaaan" tetapi sebagai satu "profesion" (Omar Hashim,1993).

WAHAI TEMAN....
Objektif kita akhirnya ialah memenuhi tuntutan konsep "guru mengajar murid belajar" dapat direalisasikan pada tahap paling optimum dan dapat pula kita buktikan menerusi kerja-buat kita setiap hari dan waktu. Bagi mencapai tahap ini semua kita mestilah membetulkan iman (kepercayaan), bual (percakapan), dan amal (segala perlakuan) kita sentiasa selaras antara Ketiga-tiga aspek tersebut. Memenuhi tuntutan "Guru Mengajar Murid Belajar" pula perlukan semua kita menjadi guru-guru yang sebenar guru "Ke Sekolah Tidak Jemu Mengajar Tidak Lesu"; yang membawa erti seseorang guru itu penuh iltizam, dedikasi, komited dan bertanggungjawab tidak akan mengkhianati tugasnya dan murid-muirdnya. Prinsipnya ialah guru-guru mesti faham bahawa tugas 'mengajar dan mendidik' pekerjaan yang sangat mulia. Guru-guru mestilah menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad dan kerja mengajar (tanpa muslihat dan tipu helah) sebagai suatu ibadah. Guru-guru begini tidak akan cepat menyalahkan keadaan dan tempat sebelum menyalahkan diri terlebih dahulu di samping berusaha meningkatkan ketrampilan dan kewibawaan diri......SEKADAR RENUNGAN.....